Idioms dari Turkey

Roommate aku masa kat Seattle orang Turkey. Dari awal lagi, kami dah boleh click. Aku seronok dengar dia cakap sebab English dia macam Borat. Memang lawak. Jadi cara Borat cakap tu memang possibly betuilah bagi orang-orang dari region tu.

Dia pernah jadi paratrooper. Kat Turkey, memang wajib kena jadi askar for 2 years minimum. Bila aku keluar jalan-jalan dengan dia, dia selalu kata, “Don’t be scare, I am the most dangerous man. Very nice!”

Antara cerita lawak yang dia cerita kat aku, dia selalu marah kat askar low-rank dari dia. Dan askar low-rank ni selalunya suka “act blur”. Bila tanya something, ayat lazim askar low-rank ni is “I don’t know anything. I come from a small village.” Tanyalah apa pun, depa akan jawab benda ni.

Cerita-cerita dia banyak cerita pasai time dia jadi askar. Dan selalu cerita dia mesti ada hidden punch line ataupun unexpected endings. Dia memang pandai bab ni. Dan everytime mesti aku dok gelak layan dia.

Tapi yang paling best, dia selalu bagi Turkish Idioms kat aku. Dia sendiri yang sebut perkataan “idioms” tu. Yang aku ingat so far :

“If food is in front of man, and he wants to eat it, he must eat it.” Maksudnya kalau ada peluang depan mata, terus grab it. Jangan tungu-tunggu. Ataupun kalau ada sesuatu keinginan, you have to go and get it.

“Two men are living, one is eating, the other is not eating. Both men will die.” Dia kata ni kat minah salleh yang tak mau makan sebab diet. Abis gelak semua orang kat meja makan masa tu bila dengar idiom ni. Maksudnya, hang diet kaa, tak diet kaa, satu hari hang mati juga. Jadi baik hang makan!

“Wolves like fog.” Dia kata ni masa pagi nak pi class. Aku mula tak dapat tangkap bila dia sebut wolves tu. Sampai dia buat eksyen macam wolves, baru aku paham. Hahaha. Pagi tu memang extra foggy sampai tak nampak apa. Maksud idiom ni lebih kurang macam bila kita tak nampak sesuatu depan kita, mungkin akan ada lebih bahaya.

Before blah, dia kata next time kalau ada trip sama dia nak jadi roommate lagi. Aku no hal, mamat ni boleh buat aku gelak. Nice!

Advertisements

One Response to “Idioms dari Turkey”

  1. liza Says:

    HAHAHAHAHAAAA!!! gila best mamat nih!!! nak ingatlah idioms no 2 tu..hahahhahahahahhahahaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: